Antara ciri ciri kek lapis sarawak ini:
- Berwarna warni. Minimum 2 warna berlainan (selalunya lebih)
- Tekstur kek kemas dan kukuh
- Menggunakan lebih telur berbanding kek biasa
- Mengambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran
- Tahan lama, sehingga berbulan bulan.
Antara pengusaha kek lapis sarawak yang popular ialah kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Ramai isteri isteri vip dan orang kenamaan yang akan singgah di sini untuk memborong kek sarawak secara pukal dari kedai Dayang Salhah.
KEK LAPIS DAYANG SALHAH YANG SEDAP DAN ASLI
No comments:
Post a Comment